10 Resepi Berbuka Puasa Bulan Ramadhan 2018 Yang Viral oleh Shaz Ahmad

26 Resepi Berbuka Puasa Bulan Ramadhan 2018 Yang Viral oleh Shaz Ahmad26 Resepi Berbuka Puasa Bulan Ramadhan 2018 Yang Viral oleh Shaz Ahmad ini ialah hasil himpunan dari yang kami lakukan dan khas untuk bulan puasa 2018 ini. Sempena bulan puasa 2018 ini, admin nak bantu anda untuk awal-awal buat persiapan memasak lauk berbuka puasa!

Takwim Berbuka Puasa 2018 sudah keluar, jadi kini tiba resepi berbuka puasa pula yang menyusul. Berikut admin kongsikan pelbagai resepi yang sedap khas untuk anda memasak sahjian berbuka puasa nanti. Semoga bermanfaat dan jom kita cuba!

#1 Resepi Paru Goreng Berlada dan Bendi Goreng Telur

Resepi Paru Goreng Berlada dan Bendi Goreng Telur

Resepi Paru Goreng Berlada

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Bahan rebus:
    700 gram paru
    2 hiris halia
    1 batang serai – ketuk
    Sedikit garam
  • Bahan tumbuk kasar:
    9-10 tangkai cili merah – boleh guna cili kering kisar
    5 ulas bawang putih
    10 ulas bawang merah
    1 inci halia
  • Bahan lain:
    1 batang serai – ketuk
    2 sudu besar gula atau secukupnya
    Garam
    1 keping asam keping
  • Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk dalam 30 minit sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru tak liat. Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya.
  • Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.
  • Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.
  • Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati.

Resepi Bendi Goreng Telur

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 15 biji bendi – dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telur – dipukul
  • Sedikit garam
  • 1 cili merah – dihiris
  • 2 ulas bawang merah hiris
  • 1 ulas bawang putih hiris
  • Panaskan minyak dan tumis bwang merah, putih, sehingga naik bau.
  • Masukkan bendi dan dikacau.
  • Masukkan garam dan agak agak bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur sekelilingnya.

Anda suka paru? Mesti ramai yang suka kan? Jadi selamat mencuba!

#2 Resepi Sup Ikan Merah, Sambal Tumis Udang dan Sayur Kubis Carrot

Resepi Sup Ikan Merah, Sambal Tumis Udang dan Sayur Kubis Carrot

Resepi Sup Ikan Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Ikan merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • Lada hitam biji – tumbuk
  • Tomato belah 4
  • Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. masukkan tomato. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.. tabur daun sup dan daun bawang.

Resepi Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 kg udang ~ gunting separuh dari kepala
  • 2 sudu besar asam jawa campur air & jadikan jus – guna 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 – 2 sudu kecil garam halus
  • 6 ~ 7 sudu besar gula – guna 7
  • Bahan Kisar:
    100 gm cili kering ~ pilih jenis pedas
    Sebesar 50 sen belacan – kisar dengan cili – tak guna
    10 ~ 15 biji bawang merah
    5 ulas bawang putih
  • Udang digaul dengan sedikit garam kemudian digoreng hingga merah, jangan goreng lama nanti udang kecut dan keras.
  • Bila dah merah angkat. Ketepikan.

Tengok sahaja pun sudah sedap bukan? Selamat mencuba!

#3 Resepi Ikan Bawal Goreng Garing & Sambal Kicap, Sambal Tempe Ikan Bilis, Sayur Kailan Sos Tiram Beserta Bawang Goreng Garing

Resepi Ikan Bawal Goreng Garing & Sambal Kicap, Sambal Tempe Ikan Bilis, Sayur Kailan Sos Tiram Beserta Bawang Goreng Garing

Resepi Ikan Bawal Goreng

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 2 ekor ikan bawal
  • kunyit
  • garam
  • Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

 

Resepi Sambal Kicap

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji cili padi
  • kicap manis
  • Bawang besar dan cili hiris halus
  • Gaulkan dan masukkan kicap manis

 

Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
  • 1 pek tempe – hiris nipis dan goreng garing
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • Gula
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
  • Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.

 

Resepi Sayur Kailan Sos Tiram

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 300g kailan/baby kailan/siew pak choy
  • 2 ulas bawang putih – ketuk dan cincang halus
  • 1/2 cawan sos tiram + 1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/3 cawan minyak untuk menumis
  • Bawang putih goreng – untuk hiasan
  • Panaskan minyak dalam kuali (pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau.
    Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah. Kacau goreng hingga pecah minyak
  • Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
    Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang putih goreng di atasnya. Siap.

 

Ok, rasanya resepi ini mungkin antara yang paling mendapat sambutan. Senang dan sedap!

#4 Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak, Sambal Sotong Kembang dan Sayur Pakchoy Sos Tiram

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak, Sambal Sotong Kembang dan Sayur Pakchoy Sos Tiram

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1/2kg ikan tenggiri potong 3
  • 1 genggam cili api merah*
  • 2 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 batang serai dititik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk air
  • 1 keping asam keping
  • garam
  • Tumbuk bahan2 bertanda (*).. masukkan dalam periuk.
  • Panaskan bersama semangkuk air, bila mendidih masukkan ikan, serai, asam keping dan garam.
  • Bila ikan telah masak masukkan santan.
  • Kecilkan api dan biarkan santan mendidih sekejap. Tutup api sedia untuk dihidang.

 

Resepi Sambal Sotong Kembang

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 ekor sotong kembang
  • Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
  • BAHAN DIKISAR HALUS:
    15 biji cili kering
    5 bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 cm belacan
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .
  • Masukkan sotong , dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

 

Sayur Pakchoy Sos Tiram

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Seikat sayur siew pak choy
  • 4-5 sudu mkn sos tiram
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • seinci halia – cincang
  • air sedikit
  • tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah
  • bwg putih goreng/bwg goreng – utk hiasan
  • Syur jangan potong dulu, panaskan air dan celur dengan batang-batang sekali. Angkat dan toskan.
  • Potong bahagian yang hujung. susun dalam pinggan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau@kekuningan.
  • Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. kacau.
  • Tak perlu letak garam sebab sos tiram dah masin. Kalau nak pekat masukkan tepung jagung + dibancuh dengan sedikit air.
  • Didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.
    hiaskan dengan bawang putih goreng.

Jangan terkejut dengan rasa keenakan resepi ini. Jadi selamat mencuba ya!

#5 Resepi Ayam Goreng Sos Plum

Resepi Ayam Goreng Sos Plum

Resepi Ayam Goreng Sos Plum

Bahan-bahan

Cara-cara

  • dada ayam – dipotong kecil
  • sedikit lada putih, 
  • garam dan tepung jagung
  • 3 biji kentang – potong dan goreng kejap
  • Bahan A :
    5 ulas bawang merah – dikisar
    3 ulas bawang putih – dikisar
    1 inci halia – dikisar
    3 biji cili merah – dikisar
  • Bahan B:
  • 3 sudu besar sos plum – guna brand life
    2 sudu besar sos cili thai
    1 sudu besar sos tiram
    garam dan gula secukup rasa
    sedikit kiub ayam 
  • Gaulkan dada ayam bersama serbuk lada putih dan garam kemudian salutkan dengan tepung jagung dan goreng sekejap.
  • Tak payah terlalu garing. Panaskan minyak dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
  • Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ayam, sebatikan dan masukkan ayam dan kentang yang digoreng tadi, sebatikan dan biarkan sebentar.
  • Masukkan hirisan daun bawang, kacau kejap dan terus angkat.

Resepi ini yang pastinya senang dan cepat disediakan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

#6 Resepi Sup Ekor Ala Thai, Lemon & Herb Chicken, Sayur Kacang Buncis Sos Tiram dan Sambal Belacan

Resepi Sup Ekor Ala Thai, Lemon & Herb Chicken, Sayur Kacang Buncis Sos Tiram dan Sambal Belacan

Resepi Sup Ekor Ala Thai

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 500gm ekor lembu
  • 1 biji bwg besar – dipotong 4
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • ½ biji bwg besar – dipotong 4
  • 1 biji tomato – dipotong 4
  • 3 batang serai
  • Sedikit daun limau purut
  • Sedikit cili api
  • 2 sudu besar sos nampla
  • Sedikit asam limau nipis
  • Sedikit daun ketumbar
  • Rebus ekor lembu bersama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga lembut)
  • Tumis bawang putih, lepastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut. Kacau seketika
  • Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
  • Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang

 

Resepi Lemon & Herb Chicken

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 5 ketul ayam
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • 1 biji lemon (separuh ambil jusnya, dan separuh lagi hiris bulat)
  • 1sk lada hitam (jenis yang kisar kasar)
  • 1 sk dried Italian seasoning (ada jual kat pasaraya. Ini campuran basil, marjoram, oregano, rosemary & thyme)
  • 1/2 sk dried rosemary
  • 1/2 sk dried thyme
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji bawang merah besar (potong bulat)
  • 1sk gula
  • 1 1/4 sk garam
  • kentang, lada benggala dan lobak merah (potong kecil) – kalau suka
  • Sediakan loyang yang sesuai. Letak sedikit minyak zaitun.
  • Letakkan ayam atas loyang tersebut. Selit-selitkan kentang dan lobak merah. Masukkan garam, gula, jus lemon, lada hitam, Italian seasoning, rosemary, thyme dan bawang putih. gaul sebati dengan ayam.
  • Akhir sekali tabur bawang merah dan hirisan lemon atas ayam. Tuang habis minyak zaitun yang berbaki.
  • Panaskan oven 200 darjah. Masukkan ayam tadi dan bakar selama 50-60 minit. Sehingga ayam masak.

Menarik bukan resepi ini. Memang hebat!

#7 Resepi Ikan Siakap Goreng Daun Limau Purut, Sotong Tin Sambal Jawa dan Sayur Buncis Gores Hati Ayam

Resepi Ikan Siakap Goreng Daun Limau Purut, Sotong Tin Sambal Jawa dan Sayur Buncis Gores Hati Ayam

Respi Ikan Siakap Goreng Daun Limau Purut

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
  • minyak utk menggoreng
  • Bersihkan ikan dan keringkan.
    Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
    Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
    Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

 

Sos Ikan Siakap

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
  • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
  • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
  • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 – 3 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan
  • 1/2 kiub stok ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit
  • air
  • minyak
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
  • Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
  • Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

 

Sotong Tin Sambal Jawa

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Sotong tin
  • Bahan2 tumis {bawang merah,bawang putih,halia,cili besar,cili Api ikut lah uolls nak pedas takat mana,and daun limau purut
  • air asam jawa sy agak2 je
  • air sotong dalam tin tadi Jgn buang
  • Sotong tadi potong ikut suka uolls
  • sunquick 2 sudu
  • Tumis bawang merah,bwng putih halia and cili sampai naik bau kalau sy suka sampai garing
  • Dah naik bau and bwang tu agak2 garing masukan Sotong
  • Gaul sekata Kan semua
  • Lastly masuk Kan air Sotong. Gaul rata Kan sampai mendidih dan perasakan dengan garam

Itu dia resepi ikan siakap yang sangat sedap. Jadi tepuk dada tanya selera hari ini nak masak apa?

#8 Resepi Ikan Jelawat Masak Lemak Cili Api, Telur Dadar, Sayur Kailan Ikan Masin, Sambal Belacan dan Tempe Goreng Garing

Resepi Ikan Jelawat Masak Lemak Cili Api, Telur Dadar, Sayur Kailan Ikan Masin, Sambal Belacan dan Tempe Goreng Garing

Respi Ikan Jelawat Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1-2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan pati santan
  • *1 labu bawang besar
  • *1-2 inci kunyit hidup
  • *10tangkai cili padi
  • *1 biji cili merah
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • 1ekor ikan jelawat dipotong saiz kecil
  • 1batang serai (diketuk)
  • 1helai daun kunyit
  • Blend semua bahan *
  • Masukkan bahan yang diblend dalam periuk bersama serai dan asam keping.
  • Tambahkan garam dan pati santan. Masukkan daun kunyit. Masak sekejap dan masukkan ikan jelawat.

Resepi Sayur Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1/2 biji bwg besar (hiris nipis)
  • 3 ulas bwg putih (cincang)
  • seikat sayur kailan – potong dan asing batang dgn daun
  • 2 ketul ikan tenggiri masin (fresh lg sedap)
  • 1 biji cabai masak (buang biji) – potong serong
  • 2 sudu Beso sos ikan
  • 2 sudu Besar sos tiram
  • sedikit air
  • goreng ikan tenggiri masin dgn sedikit minyak hingga masak.
  • Kemudian buang tulang dan hancurkan isi dlm kuali itu jugak.
  • Masukkan bawang besar & bawang putih dalam kuali tadi. Kacau hingga layu kemudian masukkan batang kailan serta sos ikan dan sos tiram.
  • Gaul sebati hingga batang lembut sedikit. Masukkan air, adjust untuk kuah.
  • Kemudian masukkan sayur kailan bersama cili potong kacau sekejap dan bolehlah dihidangkan

 

Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Bahan A
    4-5 biji cili merah
    3 biji cili padi merah (tambah jika mahukan lebih pedas)
    belacan sebesar ibu jari (boleh dibakar dahulu jika mahu)
    sedikit garam
  • Bahan B
    Asam Jawa sebesar ibu jari
    3 sudu air masak
  • Tumbuk bahan A sehingga 3/4 lumat. (saya lebih suka sambal yang tak berapa lumat. Nampak lbih menyelerakan).
    Boleh juga diblend kering jika mahu tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan ia terlalu hancur.
  • Keluarkan dari lesung dan masukkan dalam mangkuk.
  • Bahan B disatukan rata dan di ambil jusnya terus dimasukkan kedalam mangkuk sambal.
  • Ratakan dan boleh terus dihidangkan.

 

Resepi Tempe Goreng

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 7 Ketul ayam
  • 7 biji cendawan shiitake,
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar, potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  • Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis.
  • Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
  • Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.

Itu dia resepi kita untuk berbuka Jadi tepuk dada tanya selera yang mana anda nak buat hari ini.

#9 Resepi Ayam Blackpepper Cendawan Shitake , Sup Sawi dengan Tauhu dan Sohun, Terung Goreng dan Sambal Belacan 

Resepi Ayam Blackpepper dengan Cendawan Shitake , Sup Sawi dengan Tauhu dan Sohun, Terung Goreng dan Sambal Belacan 

Resepi Ayam Blackpepper Cendawan Shitake

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 7 Ketul ayam
  • 7 biji cendawan shiitake,
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar, potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • garam dan gula secukup rasa
  • Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  • Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, minyak bijan dan kicap manis.
  • Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
  • Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.

Itu dia pelbagai resepi yang dikongsikan. Nak Lagi resepi sempena Ramadhan ini?

#10 Resepi Ikan Keli Goreng Berlada, Sayur Kangkung Goreng dan Tahuhu Goreng 

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada, Sayur Kangkung Goreng dan Tahuhu Goreng 

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 ekor ikan keli | dibersihkan
  • 15gm cili merah | ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar | ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 12gm cili padi | ditumbuk kasar
  • 1 Biji bawang besar potong gelang
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit tepung gandum
  • Minyak untuk menumis
  • Gaulkan ikan keli bersama tepung gandum dan sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan tersebut. Angkat ikan tersebut dan asingkan.
  • Tumbuk kasar bahanbahan seperti cili merah, bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  • Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing. masukkan bawang besar yang dipotong gelang tadi.
  • Masukkan ikan keli dan kemudian bolehlah dihidangkan.

Resepi Kangkung Goreng

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Sayur kangkung
  • Bawang Merah hiris
  • Bawang Putih hiris
  • Cili Merah
  • Bawang Besar
  • Ikan Bilis
  • Garam halus
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis dan cili merah yg siap dipotong
  • Dah wangi masukkan sedikit garam
  • masukkan sayur kangkung dan goreng kejap je jgn sampai sayur layu nanti zat hilang