Himpunan Pelbagai Resepi Puding Roti yang Sedap & Mudah

Himpunan Pelbagai Resepi Puding Roti yang Sedap & Mudah ini ialah hasil himpunan dari pelbagai resepi yang telah dikongsikan di internet oleh netizen di Malaysia. Lain budaya, lain adat dan sudah semestinya lain tekak lain pula citarasanya. Oleh sebab itu, pihak kami telah menyajikan pelbagai pilihan yang anda boleh buat.

Dari puding roti bakar, karamel, kukus, pelangi, marble, pisang dan sebagainya insyaAllah akan kami kongsikan disini nanti. Apa yang anda ingin makan, anda cubalah cari resepi puding roti ini dibawah dan masak mengikut acuan yang di ajarkan. Jika ingin berkongsi resepi puding roti yang belum ada disini, anda boleh tinggalkan komen anda dibahagian komen di bawah post ini.

#1 Resepi Puding Roti Karamel by Daridapur.com

Resepi Puding Roti Karamel

Gambar oleh daridapur.com

Puding Roti Karamel

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 3 sudu makan gula untuk dijadikan gula karamel
  • 5 keping roti wholemeal/putih
  • 3 biji telur A
  • 1 cawan air suam
  • 1 dan 3/4 cawan susu cair atau boleh gunakan susu pekat yang ditambah air
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Guna api yang kecil sahaja dan tunggu hingga gula hancur. Jangan lupa goyangkan loyang supaya karamel kena pada seluruh permukaan loyang. Ketepikan. Jangan bimbang jika karamel menjadi keras sedikit selepas dibiarkan. Nanti dia akan cair semula.Tips untuk dapatkan karamel yang cantik adalah jangan sesekali kacau dan guna api besar.
  • Sediakan blender , masukkan semua bahan seperti dalam video iaitu telur ayam , susu cair, air suam , roti yang dah dicarik-carik serta esen vanilla. Blend sehingga semua bahan-bahan lumat.
  • Pastikan anda dah panaskan pengukus dengan air sehingga mendidih. Jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain tuala untuk elakkan wap air jatuh ke dalam puding roti karamel yang tengah dikukus. Tuangkan semua adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang karamel.
  • Untuk dapatkan tekstur puding roti kukus yang cantik, kukus selama 60 minit menggunakan api kecil sahaja. Bila dah masak, sejukkan sehingga betul-betl sejuk sebelum dikeluarkan.

Resepi Puding Roti Karamel Kukus Paling Senang Tanpa Mixer

Ok, Alhamdulillah seronok sangat bukan resepi yang disediakan oleh daridapur.com ini betulkan? Sebab bukan sahaja ada tips berguna yang diberikan, tapi siap sediakan video lagi. Jadi memang rugi kalau siapa yang tak mahu cuba buat. Jangan takut untuk mencuba sebab apa yang kita masak itu kita nak makan bukan nak jual betul tak? Kalau nak jual memang kena pastikan sedap baru orang datang beli lagi. Jadi selamat mencuba!

#2 Resepi Puding Roti Kukus by Nur Hayati

Resepi Puding Roti Kukus

Gambar dari http://cahayahidupku2569.blogspot.com

Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 keping roti – dipotong kecil-kecil
  • 1 tin susu cair (375 mL)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • Sedikit kismis
  • Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  • Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  • Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  • Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  • Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan

Resepi puding roti kukus ini sebenarnya antara resepi yang sangat mudah. Bukan sahaja mudah tetapi masa yang diambil juga begitu singkat. Sekejap sahaja dah siap dan bahan-bahan yang diperlukan juga sangat mudah diperolehi. Terima kasih diucapkan kepada Nur Hayati kerana kongsikan resepi ini di blog beliau. Kalau ikut ceritanya, resepi ini sangat disukai

#3 Resepi Puding Roti Bakar dengan Sos Kastard by Hanamemories

Resepi Puding Roti Bakar dengan Sos Kastard

Gambar dari Hanamemories.blogspot.com

Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter – cairkan
  • 3 sudu besar kismis
  • Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.
  • Masukkan separuh kismis dan juga butter cair. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter. Taburkan baki kismis diatas adunan.
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

 

Sos Kastard

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)
  • Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Memang admin sangat suka makan puding roti sos kastard ini. Serius memang sangat sedap! Jadi kalau rasa nak tahu betul tak apa yang admin cakap, cubalah buat sendiri. Selamat mencuba ok.

#4 Resepi Puding Roti Pelangi by Che Eda

Resepi Puding Roti Pelangi

Gambar dari http://daridapuraida.blogspot.com

Resepi Puding Roti Pelangi

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 keping roti-carikkan
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 8gm serbuk agar2 / setengah peket agar2 tali
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar planta / marjerin
  • 2,3 titis pewarna – optional
  • Didihkan air, masukkan gula dan agar-agar.
  • Rebus sehingga semua bahan hancur
  • Blend roti, susu pekat,susu cair dan telur
  • Masak agar-agar dengan air & gula sampai hancur
  • Masuk bahan blend dalam agar-agar tadi
  • Masuk mentega
  • Tutup api & bahagikan warna kesukaan
  • Marblekan dan sejukkan dalam peti ais
  • Sedia untuk dimakan

Jangan terkejut dengan rasa keenakan resepi puding roti pelangi ini sebab bukan sahaja cara nak masak puding roti pelangi ini yang mudah tetapi rasanya juga insyaAllah pasti anda suka. Kepada rakan-rakan semua silalah cuba buat sendiri resepi ini ya. InsyaAllah tak rugi. Sedap dimakan!

#5 Resepi Puding Roti Marble by Naz

Resepi Puding Roti Marble

Resepi Puding Roti Marble

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur
  • itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan
  • Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  • Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.
  • Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  • Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  • Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  • Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  • Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.

Resepi ini dah sangat dan kalau nak lagi sedap puding roti marble ini cubalah sejukkannya di dalam peti sejuk. Lepas dah sejuk keluarkan dan potong dan terus dimakan. Memang sedap insyaAllah Terima kasih kepada Naz dari http://ovenkecil.blogspot.com yang kongsikan resepi ini di blognya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

#6 Resepi Puding Roti Noxxa by Blog Akak Kembang

Resepi Puding Roti Noxxa

Gambar dari blogakakkembang.blogspot.com

Resepi Puding Roti Periuk Noxxa

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 8 keping roti (dipotong 4)
  • 2 biji telor
  • 1 tin susu cair
  • 6 sudu makan gula
  • 2 sudu makan butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Kismis (ikut suka)
  • Blender semua bahan kecuali roti dan kismis.
  • Masukkan separuh bahan blender dalam inner periuk noxxa.
  • Masukkan separuh roti. Kemudian kakak akan lenyek-lenyek sikit (ikut suka). Tabur sedikit kismis.
  • Masukkan baki bahan blender dan baki roti serta kismis.
  • Tekan butang Steam hingga 25. Tekan Onn.
  • Nanti akan bunyi bib .. bib .. abaikan.
  • Apabila telah 25. Tekan Off.
  • Siap dihidang.

Ya memang sangat mudah kalau ada periuk noxxa ini. Admin sendiri ada beli satu dan memang kerap sangat guna periuk noxxa ini. Kalau anda semua belum ada lagi, admin sangat sarankan belilah 1 periuk noxxa ini. Kalau masak daging atau tulang, memang terbaik jimat masa dan insyaAllah memang lembut daging sekejap sahaja.

#7 Resepi Puding Roti Seri Kaya Yeos by Yeos Malaysia

Resepi Puding Roti Seri Kaya Yeos

Gambar dari Yeos.com.my

Resepi Puding Roti Seri Kaya Yeos

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 8 keping roti putih atau wholemeal (dipotong kiub sederhana besar)
  • 3 biji telur (dipukul hingga kembang)
  • 5 biji pisang (dibelah dua)
  • 1 tin Seri Kaya Yeo’s (300g)
  • ½ cawan minyak jagung
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 500ml susu segar
  • Garam
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170°C. Campurkan telur, Seri Kaya Yeo’s dan minyak, kacau sehingga rata.
  • Tambahkan susu, esen vanila dan garam. Kacau hingga sebati.
  • Susunkan roti dan pisang ke dalam loyang dan tuang adunan tadi. Biarkan seketika supaya adunan meresap ke dalam roti.
  • Bakar selama 45 minit sehingga masak.

 

Krim Anglaise

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 200ml susu segar
  • 50gm gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit garam
  • Panaskan susu dengan santan (tapi tidak mendidih).
  • Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk lain dan tuangkan sedikit susu panas ke dalam mangkuk telur. Kacau dan tuangkan kembali ke dalam periuk susu tadi.
  • Sentiasa kacau supaya telur tidak berketul. Kacau sehingga pekat.
  • Simpan di dalam peti sejuk dan hidangkan bersama puding roti Seri Kaya Yeo’s tadi.

Itu dia respi yang sangat sedap. Jadi cubalah anda siapkan puding roti seri kaya yeos ini. InsyaAllah memang puas hati.