Resepi Ayam Masak Kicap yang Mudah & Cepat

Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah dan cepat ini merupakan himpunan 7 resepi terbaik yang dikumpulkan oleh admin sendiri khas untuk para membaca yang ingin mencuba memasak sendiri resepi ayam masak kicap ini.

Tidak dinafikan lain lidah lain rasanya. Jadi kami sediakan terus 7 resepi yang mungkin berlainan rasa khas untuk memastikan antara 7 resepi ini akan ada yang memenuhi kehendak dan rasa yang anda ingini. Jadi selamat mencuba dan semoga berjaya. Nanti kongsikan komen anda pada bahagian komen ya.

#1 Resepi Ayam Masak Kicap Mudah & Cepat by Has Amira Damia

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah & Cepat by Has Amira Damia

Ayam Masak Kicap Mudah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Gaul ayam dgn kunyit dan garam.
    (Goreng & ketepikan)
  • Bawang holland dihiris**
  • Bawang putih diketuk**
  • Cabai melaka diketuk**
  • Serbuk cili 2 sudu kecik
  • Cili sos 1 sudu besar
  • Lada hitam tumbuk kasar sikit
  • Kicap secukupnya
  • Carrot dan brokoli
  • Tumis bahan bertanda ** sampai layu. Kemudian masukkan serbuk cili.
  • Kacau sat,masukkan air sikit.
  • Masukkan cili sos , kicap dan lada hitam tumbuk kasar.
  • Gaul sebati. Masukkan ayam yang digoreng tadi,carrot dan brokoli.
  • Gaul semua bahan sampai sebati. Siap !

Ok, memang sedap kalau ada brokoli dan sayur macam ini. Jadi kalau nak cuba resepi pertama ini admin sangat alu-alukan. Jangan lupa kongsikan feedback anda pada bahagian komen ya semua. Sayang semua, terima kasih!

#2 Resepi Ayam Masak Kicap Pedas Daun Kari by Nur Farhana Ismail Ann

Ayam Masak Kicap Pedas Daun Kari

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Cili kering blender
  • Bawang besar (hiris)
  • Bawang Putih (hiris)
  • Halia (hiris memanjang)
  • Cili padi ijau/merah (belah dua)
  • Daun kari
  • Air Asam jawa
  • Kicap
  • Air sikit untuk kuah
  • Garam (jika perlu sebab dah ada kicap)
  • Ajinomoto/gula
  • Bawang besar (hiris bulat)
  • Ayam (goreng dulu tapi tak perlu goreng garing sangat)
  • Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bahan hiris dan daun kari smpai naik bau.
  • Kemudian masukkan cili blender dan tumis sampai garing.
  • Dah garing masukkan air asam jawa sedikit, kicap dan air.
  • Biar kuah mendidih sekejap.
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan ayam goreng.
  • Masukkan garam (jika perlu), aji dan gula secukup rasa.
  • Biarkan mendidih lagi sekali dan masukkan bawang hiris bulat dan cili padi.

Resepi ayam masak kicap pedas daun kari ini satu resepi yang sangat menarik. Kalau nak masak sebagai hidangan untuk bersahur di bulan puasa nanti rasanya sangat sesuai kerana rasa pedasnya itu sangat bagus untuk menaikkan selera makan. Jadi selamat mencuba!

#3 Resepi Ayam Masak Kicap Kering by Nor Suhaila

Resepi Ayam Masak Kicap Kering by Nor Suhaila

Ayam Masak Kicap Kering

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Ayam sebelah digaul garam kunyit goreng separuh masak
  • Cili padi 4 biji dipenyekkan.
  • Tomato 1 biji belah 4 atau 6 (ikut besar tomato)
  • Kacang panjang 3 urat( potongkan)
  • Cili besar merah 1 tangkai(hiriskan)
  • Bawang Putih 5 ulas *
  • Bawang besar bombay/holland separuh biji* Separuh lagi boleh hiris masukkan waktu last time ayam dah masak
  • *blend bahan bertanda *(untuk pekat kan Kuah)
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Kicap (ikut perasa masing2 nak letak banyak mana)
  • Sos cili 3 4 sudu( ikut rasa masing2)
  • Masuk minyak, tumis bawang yang diblend tadi, agak dah menggelegak masukkan ayam , kacau rata agak bawang tadi sebati dengan ayam, masukkan sos tiram, sos cili, kicap.
  • Kacau rata dan masukkan air sedikit agak2 berkuah sikit.
  • Agak kuah dah kering sikit, masukkan cili padi, kacang panjang. Kacau rata.
  • Nampak ayam dan kacang panjang dah masak, last masukkan tomato dan cili besar hiris tadi.
  • Kacau rata sekejap tutup api siap hidang.

Ok, resepi ini memang kita tak guna bawang merah dan rempah sup. Tetapi rasa nasi ayam thai ini tetap sedap. Terutamanya rasa ayamnya yang basah seperti ada jus yang sangat sedap. Jadi kalau anda rasa nak masak itu susah, meamng silap besar kerana resepi ayam thai viral ini admin rasa antara respi dan cara masak yang paling senang dan sangat santai. Apa yang penting ialah rasanya sangat enak. Jom cuba!

#4 Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan by Resepi Bonda Team

Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan by Resepi Bonda Team

Ayam Masak Kicap Bersantan

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 ekor ayam – Dibersihkan dan di potong
  • 1/2 – 3/4 cawan kicap manis – Ikut selera
  • 1/2 cawan santan pekat
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci halia *
  • 1 labu bawang besar *
  • 2 – 3 batang serai *
  • 4-5 ulas bawang putih *
  • 5-10 biji cili kering *
  • 1/2 sudu kecil jintan kasar *
  • 1/2 sudu kecil jintan halus *
  • 1 sudu kecil biji ketumbar *
  • 1 sudu makan lada putih *
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng semua ayam dengan minyak penuh hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis semua bahan kisar (bertanda *) atau tumbuk hingga wangi kemudian masukkan kicap manis, santan dan sedikit air.
  • Masak seketika kuah kicap tadi hingga kuahnya mendidih. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Jika suka, boleh masukkan cili padi sebiji sebiji dalam ayam kicap. Masak seketika, sesuaikan rasa dan boehlah diangkat. Hidangkan.

Macam mana anda dah cuba resepi ayam masak kicap bersantan ini? Semua kita tahu kalau masakan yang anda santan ini biasanya pasti sangat sedap kerana ada rasa lemak-lemak yang menjadikan makanan itu cukup lembut rasanya. Untuk resepi ayam masak kicap ini pula anda kena rasa sendiri dan jangan lupa kongsikan feedback anda dengan kami dan pembaca lain di bahagian komen nanti ya. Sumber asal resepi ini boleh didapati di Resepi Bonda.

#5 Resepi Ayam Masak Kicap Berempah by Mohd Fauzi Yusof

Resepi Ayam Masak Kicap Berempah by Mohd Fauzi Yusof

Ayam Masak Kcap Berempah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Ayam digoreng separuh masak dengan garam kunyit
  • Kicap
  • Minyak masak
  • Bawang putih, bawang merah, halia untuk ditumis
  • Rempah ratus kicap mak siti
  • Bawang besar hiris bulat-bulat
  • Cabai hidup
  • Perasa
  • Tumis bawang putih merah halia dengan minyak masak
  • Gaul rempah ratus kicap mak siti kacau dengan air.
  • Tumis hingga pecah minyak.
  • Campur air untuk tambah kuah
  • Masukan ayam dan tunggu hingga mendidih
  • Masukkan bawang besar dan cabai.
  • Campur perasa sedikit.
  • Boleh tabur daun sup dan daun bawang jika ada.

Resepi ini memang meletuplah! Hebat betulkan dengan rasa rempah ratus yang ada dalam resepi ayam kicap berempah ini pasti membuatkan ramai yang ingin mencuba. Kalau admin sendiri, admin sangat suka resepi ini. Tambah-tambah kalau ada kulit kayu manis dan rempah ratus ini yang menjadi penyedap rasa dan bau. Jadi jangan lupa untuk cuba resepi ini. Walaupun nampak ringkas, tapi insyaAllah anda puas hati.

#6 Resepi Ayam Masak Kicap Ala Orang Jawa by MyResepi

Resepi Ayam Masak Kicap Ala Orang Jawa by MyResepi

Ayam Masak Kicap Ala Jawa

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 600 gram ayam dipotong kecil.
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Bawang putih 4 biji dan 1 Inci halia (ditumbuk)
  • sebiji bawang besar dihiris
  • Dua bijik kentang (sebijik potong enam)
  • Dua Sudu kecil serbuk lada putih dan Satu sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Kicap Manis (secukup rasa, kalau suka kuah lebih hitam boleh letak banyakle)
  • Dua sudu sos tiram
  • Satu kotak kecil santan segera
  • Garam dan sedikit gula secukup rasa
  • Daun sup dihiris
  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Tumiskan bawang putih dan halia, serbuk lada putih dan hitam.
  • Bila tumisan naik bau, masukkan sos tiram dan kicap (kacaukan).
  • Masukkan 6 sudu makan santan & 6 sudu makan air.
  • Selepas 5 minit, masukkan kentang dan ayam (tutup periuk, setiap 10 minit kacau ayam dan cucuk kentang dengan garfu, kalau kentang empuk, bermakna ayam tu dah masak).
  • Bila ayam dah empuk, masukkan lebihan santan tadi (kalau kuah agak pekat boleh tambah air sedikit, kalau kuah tak hitam pun boleh tambah kicap manis lagi)
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
  • Tunggu hingga menggelegak, tutup api dan taburkan daun sup. sedap dimakan dengan nasi panas.

Ok anda semua jangan salah faham tentang resepi ayam masak kicap ala jawa ini. Bukan bermaksud orang jawa sahaja boleh makan tetapi kalau anda semua nak tahu resepi ayam masak kicap ala jawa ini sangat sedap dan hebat. Memang mudah sahaja sebenarnya. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk cuba sendiri masakan ini ya.

#7 Resepi Ayam Masak Kicap  Halia by MyResepi

Resepi Ayam Masak Kicap  Halia by MyResepi

Ayam Masak Kicap Halia

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 10 ketul ayam (sapu garam, kunyit, rempah kari & di goreng)
  • 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia (bahan kisar)
  • 2 sb sos tiram, 1sb sos cili, 1sb kicap cair, 1sb kicap pekat, 5sb kicap manis
  • 2 biji kentang (potong bulat & di goreng)
  • Garam,aji/kiub pati ayam,gula
  • 1 sudu besar jus limau
  • Bawang Holland & cili padi (potong)
  • *Goreng ayam yang sudah di letak garam, kunyit & rempah kari*. Jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan. *goreng pula kentang yang dipotong bulat tadi. *Kemudian kurangkan minyak gorengan tadi, cukup untuk menumis sahaja.
  • Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga kekuningan/agak garing. Kemudian masukkan sos tiram & sos cili lalu kacau dan tambah air 1 cawan. Masukkan kicap cair, kicap pekat & kicap manis. Biar menggelegak.
  • Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam, gula & aji/kiub pati ayam dan masukkan pula jus limau. Biar sebati kuah (rasa sendiri sama ada kalau kuah terlebih masam, tambahkan sedikit gula).
  • Bila kuah dan ayam sudah sebati dan agak pekat. Masukkan bawang Holland yang dipotong bulat bersama cili padi.

Memang betul-betul membuka selera bila melihat resepi ayam masak kicap halia ini. Anda memang patut cuba kerana rasanya memang hebat. Jadi, kalau rasa nak berikan kejutan untuk suami dan anak-anak maka resepi ayam masak kicap halia ini perlu disimpan baik-baik dan cepat-cepatlah mencubanya bimbang nanti lupa pula. Semoga bermanfaat!

Cara Memasak Ayam Masak Kicap Yang Sedap & Simple