Resepi Kuih Kerbau Guling atau Kuba Guling Viral

Resepi Kuih Kerbau Guling atau Kuba Guling Viral ini antara yang paling viral sekali musim bulan puasa ramadhan tahun 2018 ini. Memang sangat terkenal terutama di sebelah negeri Kelantan. Ada video yang menunjukkan betapa ramai orang beratur untuk membeli kuih ini sehinggakan penjual perlu limitkan belian RM2 sahaja untuk setiap orang.

Jadi, marilah kita sama-sama cuba resepi yang paling meletup bulan puasa tahun ini ya. Jangan ketingalan!

#1 Resepi Resepi Kuih Kerbau Guling atau Kuba Guling Viral by ZZ KARYA Production

Resepi Resepi Kuih Kerbau Guling atau Kuba Guling Viral by ZZ KARYA Production

Resepi Kuih Kerbau Guling

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 250mg tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 3 sudu besar tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (diambil air hitamnya & tapis)
  • Pastikan tempurung bersih.
  • Air 1 liter setengah
  • Secubit garam
  • Masukkan semua bahan diatas dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
    Lepas sebati buka api, kacau perlahan dan api sederhana lalu kacau hingga likat.
    Sediakan loyang saiz 8, sapukan minyak terlebih dahuu & tuangkan tepung ke dalam loyang tadi
    Bila dah sejuk sila potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang digaulkan sedikit garam.

Ok, tempurung yang dah siap bakar kena tumbuk. Masukkan air tapis guna kain dan sebenarnya optional boleh gunakan serbuk arang yang dijual di bakery. Baiklah selamat mencuba ya!

Viral Kuih Kerbau Guling