Resepi Nasi Lemak yang Mudah dan Sedap dengan Sambal Iklan Bilis

Resepi Nasi Lemak yang Mudah dan Sedap dengan Sambal Iklan Bilis ini ialah antara resepi terbaik yang menyenaraikan cara-cara memasak nasi lemak dan sambal nasi lemak ikan bilis yang sedap. Mungkin ada yang menganggap bahawa rasa nasi lemak itu terletak pada sambal ikan bilisnya semata-mata, tetapi percayalah sebenarnya nasi lemak itu sendiri memerlukan resepi yang hebat untuk melengkapkan rasa sebenar nasi lemak itu.

Tidak kira nasi lemak tradisional dalam daun pisang, nasi lemak hipster siap dengan ayam berempah, mahupun nasi lemak western urban, semuanya pasti ada rahsia tersendiri di dalam resepinya. Jadi, mari kita lihat satu persatu pelbagai jenis nasi lemak yang ada di Malaysia ini. Selamat mencuba.

#1 Resepi Nasi Lemak Cepat & Mudah by Maggi

Resepi Nasi Lemak Cepat & Mudah by Maggi

Nasi Lemak

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1½ minyak masak sudu besar
  • 500g beras dibasuh dan ditos
  • 1 ulas bawang putih dihiris halus
  • 2 sm halia dihiris halus
  • ½ sudu besar MAGGI® CukupRasa™
  • 500 ml air
  • 100 ml santan
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • DidPanaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih bersama halia hingga wangi.
  • Kemudian, masukkan beras dan masak selama 1 minit.
  • Selepas itu, masukkan beras tadi dalam periuk nasi bersama MAGGI® CukupRasa™, air, santan dan daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak.
  • Bila dah masak, senduk nasi dan hidangkan panas-panas untuk keluarga.
  • Jangan lupa bahan pelengkap seperti ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang.ihkan air kemudian masukkan halia, bawang putih & bawang besar sehingga masak.
  • Kemudian perlahankan api dan masukkan semua bahagian2 ayam tadi, kiub pati ayam dan garam. Tunggu sehingga semua bahagian2 ayam masak.

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Bawang merah
  • Bawang putih (sedikit) (Dikisar)
  • Belacan
  • Bawang merah (hiris)
  • Ikan bilis
  • Cili kering
  • Asam keping
  • Air asam jawa
  • Gula tebu
  • Budu
  • Minyak masak (kalau boleh lebihan minyak Goreng ikan bilis )
  • Mula mula panaskan minyak.
  • Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Masukkan belacan. Tumis sampai naik bau.
  • Kemudian masukkan ikan bilis. Kacau lagi. Masukkan cili kering dan masukkan asam keping. Dah garing masukkan bawang merah hiris , gula tebu dan akhir sekali budu.
  • Boleh masukkan air asam jawa untuk menambahkan kemasaman lagi . Kalau letak budu dah rasa masin, tak perlu lagi tambah garam.

Ok, memang resepi nasi lemak ini sangat senang dan cepat. Kalau anda nak cuba dipersilakan. Jangan lupa pula rebus telur dan hirisan timun batang sebagai pelengkap nasi lemak. Jadi selamat mencuba dan jangan lupa berikan review atau feedback anda semua bila dah cuba.

#2 Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong by Seminit Resepi

Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong by Seminit Resepi

Nasi Lemak

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 pot beras
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 1 tspn garam
  • Pandan 2 helai
  • Beras di cuci bersih dan masukkan kedalam periuk.
  • Masukkan hirisan halia, garam, santan dan air secukupnya. Kacau rata dan masukkan pandan.
  • Masak nasi selama 10 minit lalu kacau.
  • Kemudian biarkan nasi sehingga masak.

Sambal Sotong

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 biji bawang besar*
  • Segenggam cili kering*
  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • Gula garam
  • 2 tbsp sos cili
  • Pandan 2 helai
  • Kisar halus bahan bertanda ‘*’. Untuk sambal cepat masak, kisar bersama minyak dan sedikit air.
  • Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan sos cili, gula dan garam. Kacau rata
  • Masukkan bawang yg dimayang, sotong dan daun pandan. Sedia dihidang bersama bahan hidangan.

 

Bahan Hidangan

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Telur rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Timun
  • Kacang
  • Hidangkan semasa hendak makan.

Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong ini sebenarnya telah mendapat begitu banyak share di Facebook. Perkongsian yang viral ini membuktikan resepi ini sangat sedap dan anda patut mencubanya sendiri nanti. Apa yang penting, cara memasak juga ringkas dan bahan-bahannya juga senang didapati. Semoga anda seronok dan selamat mencuba ya.

#3 Resepi Nasi Lemak Kuning Kedah Original by Eny Abdullah

Resepi Nasi Lemak Kuning Kedah Original by Eny Abdullah

Nasi Lemak Kuning

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 Pot Beras
  • Air Secukupnya
  • 1/2 cawan susu – tolak jumlah air tadi untuk dpt
  • kan jumlah cecair yang betul
  • 2 Batang kulit kayu manis
  • 3-4 Bunga lawang
  • 4-5 cengkih
  • 2-3 buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasaBahan Kisar Halus dengan sedikit air
  • 2-3 inci halia
  • 3-4 bawang merah
  • 4 -5 ulas bawang putih
  • Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar bersama sama rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga wangi.
  • Masukkan air secukupnya dan serbuk kunyit.
  • Masukkan susu, dan sedikit garam dan akhir sekali masukkan beras dan masak seperti masak nasi biasa. Boleh transfer dalam rice cooker juga.

Nasi lemak kuning adalah hasil perkongsian EnyAbdullah dan resepi ini lain sikit dari nasi lemak biasa yang putih yang menggunakan santan. Nasi lemak kuning ini tak pakai santan sebaliknya ditumis seperti nasi minyak. Bahan tumis biasalah ada rempah 4 sekawan, halia, dan bawang yang dikisar. Jadi, kalau nak tahu rasanya nasi lemak kuning ini, anda memang wajib cuba sendiri dan rasi perbezaannya. Oh ya, untuk sambal tumis, boleh buat sendiri menggunakan mana-mana resepi sambal tumis di atas atau dibawah.

#4 Resepi Nasi Lemak Ikan Aya Terengganu by Aneka Masakan Pantai Timur

Resepi Nasi Lemak Ikan Aya Terengganu by Aneka Masakan Pantai Timur

Ikan Aya Rebus

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 ekor ikan aya/tongkol di potong nipis – di cuci dan di toskan
  • 3 sudu teh garam halus atau suku genggam garam kasar
  • 5 keping asam jawa
  • sedikit air – cukup sekadar suku bahagian ikan sahaja
  • Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk dan tutup periuk dengan penutup periuk
    kemudian rebus sehingga kering air atau sehingga mendidih
  • Tutup api dan biarkan
    ** ikan aya/tongkol ni lebih sedap kalau di rebus sehari lebih awal

 

Sambal Tumis

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 15 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 20 tangkai cili kering – di rendam di dalam air panas dahulu
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
  • pakai blender, mesinkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga lumat
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan bahan mesin tadi
  • tumis sehingga naik bau dan warna cili tadi agak gelap (guna api sederhana ye!) – dan jangan lupa kacau bahan tadi yer!
  • bila sambal dah pekat dan gelap warnanya, masukkan garam dan gula secukup rasa. (boleh juga guna gula melaka – rasanya akan lebih sedap lagi dan sambal akan menjadi lebih gelap seperti yang sambal kat terengganu.)
  • tutup api dan tuangkan di atas ikan rebus tadi apabila hendak dimakan dengan nasi lemak.
  • boleh di hidang dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun

Resepi nasi lemak ikan aya negeri Terengganu ini sebenarnya memang sangat sedap. Sebab itu kalau pergi ke Terengganu memang rugi tak cari dan cuba makan nasi lemak ini. Selain nasi dagang, nasi lemak ikan aya ini juga sebenarnya tidak kurang hebatnya. Jadi semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

#5 Resepi Nasi Lemak Malaysia by Resepi Masakan Ibu

Resepi Nasi Lemak Malaysia by Resepi Masakan Ibu

Nasi Lemak

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
  • 3 ½ cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit gula dan garam
  • Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam periuk.
  • Tanak nasi seperti masak nasi biasa.

 

Sambal Tumis

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu besar cili giling
  • Sedikit asam jawa
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • ¾ gula melaka
  • Sedikit gula dan garam
  • Minyak untuk menumis
  • Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan cili giling, halia, asam jawa dan daun pandan.
  • Tumiskan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula melaka, bawang besar serta sedikit gula dan garam.
  • Tumis sehingga pecah minyak sekali lagi.
  • Masukkan bilis goreng ke dalam sambal atau boleh juga diasingkan dari sambal tadi.
  • Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur.

Resepi nasi lemak Malaysia ini sebenarnya resepi umum dan asas kepada resepi untuk membuat nasi lemak. Sebagai Tips tambaha, gunakan kelapa tua dan elakkan kelapa muda, kerana kelapa muda kurang bersantan dan nasi akan kurang berlemak. Selamat mencuba.

#6 Resepi Nasi Lemak Paling Mudah by Resepi Nasi Lemak Sedap

Resepi Nasi Lemak Paling Mudah by Resepi Nasi Lemak Sedap

Nasi Lemak

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 3 cawan beras
  • 1 cawan santan 
  • 3 cawan air ( anggaran saja –kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
  • 3 hiris halia
  • 1 helai daun pandan
  • 3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam 
  • Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

 

Sambal Tumis Nasi Lemak

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 6 sudu besar cili giling
  • 3 biji bawang merah
    – ditumbuk 2 ulas bawang putih
    – ditumbuk 2 biji bawang besar
    – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
  • segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk,
  • sebahagian lagi di goreng )
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan jika suka
  • sedikit garam, gula dan perasa
  • Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  • Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.
  • Bahan sampingan lain; ikan bilis goreng timun
    dihiris kacang tanah telur rebus

Resepi nasi lemak yang mudah ini sebenarnya bukan sekadar resepi yang mudah. Tetapi ianya satu resepi ringkas yang sangat sedap. Memang rugi sangat kalau anda tak cuba. Kalau boleh, pastikan tidak campur ikan bilis dengan sambal tumis bagi mengekalkan kerangupan ikan bilis goreng itu.

#7 Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah by Bawang Goreng

Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah by Bawang Goreng

Ayam Berempah

Bahan-bahan

Cara-cara

    • 4 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 1 cm halia
    • Tumbuk bahan di atas ini sehingga serai menjadi rerambut halus. Tips untuk dapatkan rempah ayam goreng yang cantik, kerat sekurang-kurangnya 1 cm bahagian serai.Ketepikan.
    • Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan perap ayam goreng berempah:
    • 1 sudu makan serbuk kunyit
    • 1/2 sudu makan serbuk kari
    • 1/2 sudu makan serbuk cili merah
    • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan kelapa parut
  • Basuh beras seperti biasa. Toskan dan letak tepi dahulu
  • Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tunggu sehingga cair dan masukkan bahan tumbuk, sup bunjut, serai, bunga cengkeh dan kayu manis. Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan beras dan gaul rata dalam kuali selama lebih kurang 8 minit. Kemudian alihkan ke dalam periuk nasi.
  • Tuang air secukupnya mengikut sukatan beras yang digunakan.
  • Jangan lupa masukkan daun pandan dan kiub ayam knor. Gaul sebati dan masak seperti biasa.

 

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 mangkuk ikan bilis
    Gorengkan ikan bilis dengan minyak yang sederhana kecil supaya dapatkan tekstur rangup dan tidak hangit. Simpan minyak untuk menumis
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 cm halia *
  • 1/2 ulas bawang besar *
  • Sedikit air
  • Semua bahan di di atas di kisar
  • 4 senduk cili kisar
  • 1 keping asam keping
  • 3 sudu makan gula melaka
  • Sedikit garam,serbuk perasa
  • Tips untuk dapatkan sambal yang betul-betul sedap , rebus dahulu cili untuk dijadikan cili kisar. Tumis bahan yang diksiar pada api perlahan dan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan cili kisar dan asam keping. Setiap kali pecah minyak, tambahkan 1 sudu makan gula melaka.Kali pertama pecah minyak, masukkan juga sebahagian ikan bilis goreng tadi .
  • Kali kedua mendidih selain masukkan gula melaka ke dalam sambal nasi lemak, buang asam keping.Kita tak mahu rasanya terperap terlalu lama hingga sebabkan rasa masam. Gula melaka berbentuk ketulan kecil ni tidak manis tapi untuk cantikkan warna. Nampak tak warna sambal nasi lemak begitu cantik ?

Itu dia resepi nasi ayam yang mudah dan sedap telah kami kongsikan. Dalam 7 resepi ini anda rasa yang mana yang ingin anda cuba dulu? Kalau admin, pastinya mana-mana resepi yang menghidangkan ayam juicy sebab admin memang suka yang macam itu. Jadi tepuk dada tanya selera.

Resepi &  Cara Memasak Nasi Lemak